Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Nadeera Harap ‘Single’ Pertama Diterima Peminat

Nadeera Harap ‘Single’ Pertama Diterima Peminat

Pernah muncul dalam beberapa program realiti hiburan, Nadeera kini lebih serius untuk menempa nama dalam industri muzik apabila kini mempertaruhkan single pertama, iaitu “Nyawa”. Farah Nadeera binti Zaini atau lebih mesra disapa Nadeera, akui bahawa minat dalam bidang nyanyian  sejak kecil lagi. Menurutnya, bapa beliau menjadi pendorong utama untuk menceburi dalam industri setelah menyedari bakat yang dimilikinya.

Nyawa, lagu ciptaan Acap Salim (Media Asia Production Sdn Bhd) dan lirik daripada Acap Salim & Lewis Rahimi (Media Asia Production Sdn Bhd) ini mengisahkan tentang kisah rumah tangga yang tidak bertahan lama apabila seorang isteri yang tidak setia dalam perhubungan sehingga menyebabkan penceraian.

“Secara peribadi lagu ini amat bermakna buat saya di mana ia adalah taruhan pertama saya dalam industri. Lagu ini juga amat dekat dengan diri saya apabila melihat pengalaman sekeliling yang mana kebanyakan apa yang berlaku seseorang itu sukar menghargai pasangannya melainkan setelah pasangan tersebut meninggalkan kita.”, ujar Nadeera.

Bercerita mengenai single pertama Nadeera, beliau berharap lagu ini diterima baik pendengar dan menyokong permulaan beliau untuk mengembangkan bakat di persada seni. Muzik video rasmi Nyawa, edaran Media Asia Production Sdn Bhd (Map Music) ini boleh ditonton bermula 21 Febuari di saluran Youtube dan juga boleh didapati di semua platform digital muzik seperti Joox, Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, dan juga Apple Music.

Info Mengenai Nadeera :

  1. Merupakan bekas peserta Vokal Bukan Sekadar Rupa dan berjaya ke peringkat semi final.
  2. Berjaya melayakkan diri ke semi final dalam Mentor Legend pada tahun 2014, anak didik Zainal Abidin.
  3. Juara dalam pertandingan Keroncong di peringkat Johor.
  4. Juara Bintang Idola di peringkat Johor.

Leave a Reply

Top