Pemain nombor satu dunia, Rafael Nadal bangkit selepas ketinggalan satu set sebelum menewaskan pemain Argentina, Leonardo Mayer 6-7 (3/7), 6-3, 6-1, 6-4 pada pusingan ketiga Terbuka Amerika Syarikat (AS), awal pagi tadi.

Pemain berusia 31 tahun itu menumbangkan pemain ranking ke-59 dunia dari Buenos Aires untuk kali keempat untuk bertemu pemain Ukraine, Alexander Dolgopolov pada pusingan keempat nanti.

Ini kali kedua Nadal terlepas set pertama apabila sebelum ini tewas set pertamanya menentang pemain Jepun, Taro Daniel pada pusingan kedua.

Juara Grand Slam 15 kali itu kemudian meneruskan rentak kemaraan apabila menyapu bersih tiga set berikutnya.

Malah, Mayer kerap melakukan kesilapan dan ini memberi kelebihan kepada Nadal untuk menguasai lawannya itu.

Mara ke pusingan keempat, Nadal dilihat berkelebihan bertemu Dolgopolov yang juga berada di ranking ke-64 dunia dengan rekod pertemuan 6-2 berpihak kepada Nadal.

Kali terakhir Dolgopolov menjejakkan kaki ke pusingan suku akhir pada Terbuka AS untuk kali pertama pada tahun 2011. – AFP

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *