“Saya mengesyaki ada pihak mahu kekalkan kebencian kepada kerajaan seakan-akan kita tidak menjaga kepentingan agama. Patutnya mereka sokong sebab kita sudah ambil tindakan pantas jatuhkan hukuman, bukan mahu adakan perhimpunan.

“Jadi bagi saya itu lebih pada kepentingan politik mungkin sebab Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih atau saja nk gembar-gemburkan kononnya mereka lebih pertahankan nabi Muhammad daripada orang lain. Ini yang kita kata mereka menunggang agama untuk kepentingan politik mereka,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Konvokesyen Pondok Peringkat Kebangsaan 2019 dekat sini hari ini.