Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > ‘Mujahid, Jangan Galak Berpolitik’

‘Mujahid, Jangan Galak Berpolitik’

KUALA LUMPUR, Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dinasihatkan tidak terlalu galak berpolitik sehingga bertindak menyerang peribadi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Naib Presiden Pas, Senator Idris Ahmad berkata, Abdul Hadi atau lebih dikenali gelaran Tok Guru, yang sudah 40 tahun berkecimpung dalam bidang pengajaran tafsir al-Quran sudah dua kali mengkhatamkan ilmu bidang itu dan kini memiliki berkemungkinan berjuta anak murid.

“Kepada Mujahid, tak usah dok galak sangat hendak berpolitik sampai serang peribadi orang,” dipetik sebagai berkata.

Beliau berkata demikian sebagai respons balas kepada kenyataan Mujahid dalam satu laporan yang menyebut tentang kekeliruan dan bercelarunya sikap politik Abdul Hadi dalam mewajarkan tindak-tanduk Pas di waktu mutakhir ini.

Mengulas lanjut, Idris berkata, segala kebenaran adalah daripada ALLAH SWT dan sekiranya Mujahid berasa tindakan dan agenda perjuangan politik beliau adalah betul berbanding Abdul Hadi, itu terpulang kepada Ahli Parlimen Parit Buntar itu.

“Setakat saya kenal Tok Guru (Abdul Hadi), dia tidak pernah sebut manusia tuhan. Tok Guru tidak pernah sebut siapa ahli syurga dan ahli neraka, sebaliknya dia hanya sebut sifat-sifat orang yang bakal masuk syurga dan neraka.

“Kalau dia (Mujahid) rasa dia betul, terpulang kepada dia. Masyarakat akhirnya boleh menilai siapa Mujahid dan siapa Abdul Hadi.

“Segala ajaran dan pedoman disampaikan Tok Guru selama ini adalah rujukan daripada apa ALLAH SWT suruh dan apa yang nabi suruh,” ujar beliau.

Leave a Reply

Top