Totok UMNO, Muhyiddin Yassin kononya dalam satu kenyataan yang dilaporkan sebuah portal pro pembangkang mencabar Perdana Menteri untuk menyaman beliau jika apa yang beliau dakwa dalam ceramahnya tidak benar, tapi sebelum Muhyiddin ingin mencabar Perdana Menteri untuk menyaman beliau rasanya eloklah Muhyiddin terlebih dahulu perlu membersihkan namanya dan menyaman pihak yang mendakwa beliau mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita bernama Nika Gee.

Muhyiddin perlu terlebih dahulu membersihkan segala dakwaan keatas dirinya sebelum beliau ingin mencabar Perdana Menteri Najib untuk menyaman beliau.

Banyak laporan polis sudah dibuat oleh NGO malah ada akuan bersumpah yang dibuat  berkenaan skadal ini. Rakyat Malaysia ingin tahu akan kebenaranya apakah hubungan Muhyiddin dengan Nika Gee. Setakat hari ini Muhyiddin tidak pernah menafikan dakwaan ini jauh sekali untuk beliau menyaman pihak-pihak yang sepatutnya, adakah mungkin dakwaan ini benar?

Siapa Nika Gee Di Hati Muhyiddin?

Menurut Blog Malaysia today tulisan Raja Petra, Muhyiddin mempunyai hubungan jangka panjang dengan Nika Gee Siew Yee, isteri kepada …, kebanyakan peguam mungkin tahu siapa suami beliau. Bukan sahaja isteri Muhyiddin sedar berkenaan skandal ini, malahan ramai kakitangan Muhyiddin di Kementerian yang dia pernah ketuai juga tahu perkara ini.

Tidak berapa jelas jumlah butiran yang akan didedahkan pada 20 Jun ini – seperti Muhyiddin telah membayar Nika RM20,000 sebulan untuk jangka masa yang lama dan baru-baru dia membayarnya sebanyak RM5 juta di Singapura.

Muhyiddin juga membantu Nika memenangi projek Kompleks Sukan Kampong Pandan yang dia telah melobi, sudah tentu sebagai agen syarikat yang mengemukakan dokumen – dan Mahathir sedar akan perkara ini juga. Malah, Mahathir juga sedar bahawa hubungan di antara Muhyiddin dan Nika telah terjalin semenjak dia masih di Kementerian Pertanian lagi.

Jika benarlah dakwaan ini, saya benar-benar berharap Muhyiddin Yassin segera membersihkan namanya dengan menyaman pihak yang membuat tuduhan ini, ini kerana Muhyiddin sering mendakwa dirinya anak seorang ‘Tuan Guru’ jadi alangkah malunya jika seorang anak ‘Tuan Guru’ mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita berketurunan cina.

Tidak molek benar dikacamata masyarakat jika anak seorang ‘Tuan Guru’ mempuanyai akhlak sebegini rupa, apatah lagi bakal menjadi Presiden sebuah Parti dan mungkin bakal Perdana Menteri Malaysia yang seterusnya. Oleh itu moleklah kiranya Muhyiddin menjadi jantan dengan menyaman pihak yang mendakwa beliau mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang.

Oleh : Bukan Anak Tuan Guru

 

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *