Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) fasa pertama bagi laluan Sungai Buloh-Semantan yang beroperasinya secara rasmi semalam, berjalan lancar.

Orang ramai mengambil kesempatan mencuba mod pengangkutan terbaru itu sejak operasi dimulakan 6 pagi semalam.

Tambahan pula, kerajaan memberikan tambang percuma menaiki MRT mulai semalam hingga 16 Januari ini dan tambang percuma bagi kegunaan bas pengantara sebagai hadiah untuk rakyat.

Perjalanan sejauh 21 kilometer (km) dari Sungai Buloh ke Semantan, melalui Kampung Selamat, Kwasa Damansara, Kwasa Sentral, Kota Damansara, Surian, Mutiara Damansara, Bandar Utama, Taman Tun Dr Ismail, Phileo Damansara dan Pusat Bandar Damansara.

Seorang pengguna, Adam Othman, 32, berkata, MRT membantu menjimatkan kos pengangkutan harian berbanding menggunakan kereta ke tempat kerja di Phileo Damansara dari Sungai Buloh.

“Purata saya membelanjakan kira-kira RM35 sehari untuk minyak, tol, dan bayaran parkir tapi kini saya menjangka kos pengangkutan hanya sekitar RM10 sehari sahaja dengan menggunakan MRT,” katanya.

Setiap perjalanan MRT boleh membawa 1,200 penumpang dalam empat gerabak, dengan perjalanan dari Sungai Buloh ke Semantan mengambil masa setengah jam dan perjalanan sebaliknya.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Datuk Seri Azmi Abdul Aziz berkata, seramai 10 kakitangan iaitu polis bantuan, operator tiket dan juruteknik di setiap stesen.

“Sistem operasi MRT dan keselamatannya memenuhi standard antarabangsa,” katanya.

Pihaknya optimis mencapai sasaran 160,000 pengguna MRT dalam sehari bermula bulan depan, sebaik sahaja tamat cuti persekolahan.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Datuk Zohari Sulaiman berkata, pihaknya belum merancang menyediakan koc khas wanita memandangkan jumlah pengguna ramai akan menyebabkan ketidakseimba-ngan penumpang.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *