Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > MRSM Kaji Penggunaan E-Book

MRSM Kaji Penggunaan E-Book

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya akan meneliti kesesuaian setiap subjek jika penggunaan e-book dilaksanakan untuk memastikan ia tidak menjejaskan proses pembelajaran.

“Memang negara kita ke arah mengurangkan penggunaan kertas dan masa ini sudah ada e-book, jadi, kita (MRSM) juga dalam proses ke arah itu.

“Mungkin ia boleh dilaksanakan tidak lama lagi, tetapi bila dan bagaimana kita hendak bermula, bergantung kepada bajet dan sebagainya.

“Kita bersedia kalau ia bersesuaian, tetapi kita pun ada subjek yang tidak boleh dikompromi (perlu menggunakan buku),” katanya dalam sidang media selepas menyempurnakan Majlis Asyura Perdana Parlimen Bera di Masjid Darul Fikri di sini, hari ini.

Acara tahunan ini menyaksikan sebanyak 52 kawah bubur asyura dimasak secara gotong-royong oleh penduduk setempat.

Leave a Reply

Top