MH Online

Laman Suara Rakyat

Mourinho Tak Puas Hati Tindakan Klopp

Mourinho Tak Puas Hati Tindakan Klopp

Pengurus Tottenham, Jose Mourinho berkata dia dilayan tidak adil oleh pegawai perlawanan ketika dia berang di garisan permainan berikutan tindakan Jurgen Klopp selepas Liverpool menang 2-1 dalam pertembungan dua pasukan teratas Liga Perdana itu.

Mourinho dan Klopp dilihat bertelagah ketika tamat masa permainan selepas tandukan minit ke-90 Roberto Firmino menamatkan rentetan 11 perlawanan tanpa kalah Tottenham dalam liga.

Pengurus dari Portugal itu juga mengkritik bos Manchester City, Pep Guardiola, yang terlepas hukuman apabila cuba menghalang pegawai keempat perlawanan daripada memegang papan pemberitahuan tambahan masa empat minit ketika skuadnya seri 1-1 di West Brom kelmarin.

“Jika saya berkelakuan seperti dia lakukan di garisan permainan, saya tiada peluang untuk terus berada di situ, dan saya akan dikeluarkan seminit kemudian,” kata Mourinho.

“Atau memang awak mahu saya mengambil papan petunjuk masa daripada pegawai keempat perlawanan untuk melihat apa yang terjadi kepada saya?

“Saya ingin memberitahu sesuatu, untuk sesuatu sebab saya berbeza, dan itu menyedihkan.”