Anda di sini!
Utama > Sukan > Mourinho Mulakan Kempen EPL Dengan Berkunjung Ke Bournemouth

Mourinho Mulakan Kempen EPL Dengan Berkunjung Ke Bournemouth

Juara baharu Liga Perdana Inggeris (EPL), Leicester City bakal memulakan kempen mempertahankan gelaran musim 2016-17 dengan bertemu Hull City pada 13  Ogos ini.

Manakala pengurus baharu Manchester United, Jose Mourinho bakal memulakan kempen dengan membawa skuadnya berkunjung ke Bournemouth.

Saingan EPL musim baharu ini dijangka akan menghidangkan persaingan lebih sengit dengan kehadiran beberapa pengendali baharu dari kelab-kelab terkenal dunia termasuk Pep Guardiola yang membimbing Manchester City dan Antonio Conte bersama Chelsea.

Skuad Guardiola bakal menerima kunjungan Sunderland di laman sendiri, serta The Blues turut memulakan kempen baharu bersama Conte bertemu West Ham di Old Trafford.

Sementara itu, Liverpool akan berkunjung ke Emirates bertemu Arsenal.

Jadual pembukaan perlawanan Liga Perdana Inggeris musim 2016-17:

13 Ogos 2016

Arsenal lwn Liverpool

Bournemouth lwn Manchester United

Burnley lwn Swansea City

Chelsea lwn West Ham United

Crystal Palace lwn West Bromwich Albion

Everton lwn Tottenham Hotspur

Hull City lwn Leicester City

Manchester City lwn Sunderland

Middlesbrough lwn Stoke City

Southampton lwn Watford

Leave a Reply

Top