Calon Parti Demokratik, Moon Jae-in diramal memenangi Pilihan Raya Presiden Korea Selatan dengan kemenangan majoriti, menurut satu tinjauan pendapat sejurus pusat undian ditutup, semalam.

Berdasarkan tinjauan dijalankan tiga penyiar utama tempatan, MBC, KBS dan SBS, bekas peguam hak asasi manusia berhaluan kiri itu mendapat 41.4 peratus undi, diikuti Hong Joon-pyo dari Parti Kebebasan Korea dengan 23.3 peratus dan calon Parti Rakyat, Ahn Cheol Soo dengan 21.8 peratus.

Pemenang dijangka mengangkat sumpah hari ini, selepas Suruhanjaya Pilihan Raya Kebangsaan (NEC) mengeluarkan keputusan rasmi.

Semalam, lebih 75 peratus pengundi Korea Selatan keluar mengundi dalam tempoh kurang satu jam sebelum pusat undian ditutup pada jam 8 malam (waktu tempatan).

Setakat jam 7 petang (waktu tempatan), kehadiran pengundi mencecah 75.1 peratus, kira-kira 13 jam selepas pengundian bermula di 13,964 pusat undian di seluruh negara.

NEC memberitahu, seramai 31.9 juta pengundi telah membuang undi sejak pusat undian dibuka pada 6 jam pagi.

Dua calon lain yang turut bertanding adalah calon Parti Bareun, Yoo Seong-min dan satu-satunya calon wanita, Sim Sang-jung dari Parti Keadilan. – Agensi

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *