Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Mohon Kad Konsesi MyRapid Secara Dalam Talian

Mohon Kad Konsesi MyRapid Secara Dalam Talian

KUALA LUMPUR, Penumpang yang layak kini boleh memohon Kad Konsesi Touch ‘n Go MyRapid secara dalam talian, tanpa perlu lagi ke hab Pasar Seni untuk mendapatkannya.

Mereka boleh memohon kad itu dengan menggunakan aplikasi dalam talian melalui www.myrapid.com.my.

Penumpang yang layak terdiri daripada pelajar, warga emas (berusia 60 tahun ke atas) dan mereka yang memiliki kad Orang Kelainan Upaya (OKU) dikeluarkan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Dalam kenyataan di sini hari ini, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) berkata kad konsesi itu menyediakan diskaun 50 peratus bagi perjalanan menggunakan rangkaian Rapid KL, termasuk Monorel, LRT, MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang dan perkhidmatan basnya, termasuk bas perantara BRT dan MRT.

“Penumpang yang lebih suka membuat permohonan secara bersemuka di pusat kad konsesi, masih boleh berbuat demikian di hab bas Pasar Seni kami.

“Bagaimanapun, pelanggan amat digalakkan membuat permohonan secara dalam talian untuk kemudahan mereka,” katanya.

Menurut kenyataan itu, ketika mengemukakan permohonan, pemohon perlu menyertakan foto digital bersaiz pasport, yang menggunakan latar belakang berwarna biru serta dokumen berkenaan mengikut kategori kumpulan mereka – pelajar sekolah rendah dan menengah, pelajar kolej (termasuk pelajar asing), warga emas rakyat Malaysia dan OKU.

“Pemohon juga perlu mempunyai emel yang sah dan aktif serta nombor telefon yang aktif dan kad kredit/debit yang sah atau mempunyai akses kepada portal perbankan secara dalam talian untuk membuat pembayaran bagi yuran kad, yang ditetapkan pada kadar minimum RM15,” kata Prasarana.

Leave a Reply

Top