MH Online

Laman Suara Rakyat

Mohamad Hasan Sesuai Anggotai Kabinet

Mohamad Hasan Sesuai Anggotai Kabinet

KUALA LUMPUR, Sebagai Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan lebih wajar dilantik ke jawatan dalam kabinet dan bukan sekadar dilantik mengetuai syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, Abdul Rahman Dahlan berkata lantikan sebegitulah yang lebih wajar diberikan buat Mohamad, sesuai dengan kedudukannya sebagai orang nombor dua di dalam Umno.

“Dia bekas menteri besar. Timbalan Presiden Umno tak harus hanya mengepalai GLC. Dia sepatutnya berada dalam kabinet, sesuai dengan kedudukannya di dalam Umno,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri mesyuarat MT Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur petang tadi.