MH Online

Laman Suara Rakyat

MKN Akan Tentukan Masa, SOP Penghantaran Makanan

MKN Akan Tentukan Masa, SOP Penghantaran Makanan

KUALA LUMPUR, Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan menetapkan waktu yang sesuai bagi penghantaran makanan sepanjang Ramadan ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata, mesyuarat pagi tadi memutuskan MKN kena mengkaji dan menetapkan waktu yang sesuai untuk penghantaran makanan pada Ramadan nanti dalam tempoh dua tiga hari ini.

“Penetapan itu juga termasuk Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk penghantaran makanan ini termasuk jarak kawasan penghantaran dan sebagainya.

“Ini termasuk mengambil kira penghantaran makanan untuk waktu sahur,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat menteri bagi pelaksanaan PKP di Putrajaya hari ini.