Aplikasi mesej Telegram telah menjadi satu medium yang digemari kumpulan militan untuk menyebarkan propaganda mereka dan merekrut anggota baharu.

Pengarah Institut Analisis Dasar Konflik (IPAC) berpangkalan di Jakarta, Sidney Jones menjelaskan, Telegram dipilih kerana ia lebih sulit dan perlindungan privasinya lebih ketat berbanding aplikasi lain.

“Adalah agak cepat untuk menghantar dan menerima kandungan melalui aplikasi ini. Perekrut menggunakan kemudahan yang ada untuk menyebarkan video propaganda mengagungkan ideologi mereka,” katanya.

Katanya lagi, antara sebab lain Telegram dipilih adalah kerana aplikasi tersebut lebih bebas di mana platform media sosial lain dianggap akan bergabung dengan kerajaan untuk menidakkan aktiviti berkaitan militan.

Isnin lalu, Telegram mengumumkan telah menutup kira-kira 70 saluran berkaitan Daesh setiap hari berikutan kebimbangan yang semakin meningkat daripada orang ramai. – Jakarta Post

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *