Jelas beliau, kerjasama antara UMNO dan Pas adalah untuk meningkatkan perpaduan dalam kalangan orang Melayu dan agama Islam, tidak memberi kesan kepada BN.

“Saya rasa tidak ada persoalan yang timbul kerana kerjasama UMNO-Pas dalam pembangkang, saat fikir semua pihak sudah setuju untuk kebaikan sejagat. Jelas sekali mereka (Pas) tidak akan bergabung dengan BN malah mereka tidak berminat untuk sertai BN.

“MIC juga sedia untuk menjalinkan kerjasama dengan Pas kerana kita lihat UMNO dan Pas telah berjaya memperoleh kira-kira 73 peratus jumlah pengundi,” katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Dewan Tertinggi BN di sini hari ini.