Presiden Mexico menegaskan negara itu tidak akan membiayai sebarang kos pembinaan tembok sempadan yang dicadangkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, lapor BBC News.

Enrique Pena Nieto berkata, Mexico akan menolak sebarang keputusan oleh Amerika Syarikat untuk meneruskan pembinaan tembok.

“Mexico tidak percaya dengan pembinaan tembok.

“Saya telah mengatakan berkali-kali, Mexico tidak akan membiayai untuk mana-mana pembinaan tembok.

“Saya kesal dan mengutuk keputusan AS untuk meneruskan pembinaan tembok itu yang dilihat lebih membecah belahkan dan bukannya menyatukan,” katanya dalam satu mesej ringkas di televisyen.

Bagaimanapun pemimpin itu, tidak menyebut sama ada dia akan membatalkan atau menangguhkan perjalanan ke Washington yang dijadualkan pada 31 Januari untuk menemui Presiden Amerika Syarikat yang baharu itu.

Trump telah menandatangani perintah eksekutif untuk ” membuat halangan fizikal yang tidak boleh ditembusi dan menegaskan Mexico akan membayar balik kepada Amerika Syarikat untuk itu.

Sebelum ini Trump berkata dalam satu temu bual dengan ABC News, Mexico akan sama sekali akan membayar balik kepada AS untuk tembok berkenaan.

Namun kongres perlu meluluskan pembiayaan untuk struktur yang dianggarkan menelan kos berbilion dolar

Membina halangan 2,000 batu (3,200km) di sepanjang sempadan Mexico adalah salah satu janji utama Trump dalam kempen pilihan raya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *