MH Online

Laman Suara Rakyat

Mesyuarat, Seminar, Kursus Kini Dibenarkan

Mesyuarat, Seminar, Kursus Kini Dibenarkan

KUALA LUMPUR, Penganjuran mesyuarat, persidangan, seminar, kursus atau latihan dibenarkan untuk dilaksanakan bermula 1 Julai ini dengan kehadiran peserta tidak melebihi seramai 250 orang.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata dengan kebenaran itu, parti politik, syarikat, persatuan, koperasi dan semua pertubuhan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) boleh memulakan penganjuran mesyuarat agung masing-masing.

“Namun, penganjur dan peserta hendaklah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Pada dasarnya, kebenaran ini membabitkan semua organisasi yang berdaftar dengan ROS, Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia dan Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) untuk mengadakan mesyuarat.

“Kebenaran ini juga meliputi semua mesyuarat termasuk mesyuarat agung bagi syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), koperasi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

“Persatuan yang berdaftar di bawah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dibenarkan untuk mengadakan mesyuarat agung serta mesyuarat lain,” katanya pada sidang media Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Putrajaya dekat sini, hari ini.