Kajian terbaharu menunjukkan merokok menyebabkan satu daripada 10 kematian di seluruh dunia, separuh daripadanya dari empat negara iaitu China, India, Amerika Syarikat dan Rusia.

Walaupun dasar kawalan tembakau dilakukan sejak berdekad lalu, namun pertumbuhan penduduk telah menyaksikan peningkatan bilangan perokok.

Penyelidik berkata, kematian boleh meningkat lagi kerana syarikat-syarikat tembakau agresif menyasarkan pasaran baru, terutama di negara membangun.

Laporan itu diterbitkan dalam jurnal perubatan The Lancet.

“Walaupun lebih daripada setengah abad bukti sahih kesan-kesan bahaya tembakau ke atas kesihatan, hari ini, satu dalam setiap empat orang di dunia adalah seorang perokok setiap hari,” kata pengarang kanan, Dr Emmanuela Gakidou.

“Merokok kekal faktor risiko kedua terbesar bagi kematian awal, hilang upaya dan sebagainya. Bagi mengurangkan lagi kesannya kita perlu mempergiatkan kawalan tembakau untuk mengurangkan perokok dan beban yang berkaitan.”

Laporan Global Burden of Diseases ini adalah berdasarkan tabiat merokok di 195 negara dan wilayah di antara tahun 1990 dan 2015.

Kajian mendapati, hampir satu bilion orang merokok setiap hari pada tahun 2015, satu daripada empat lelaki dan seorang daripada 20 wanita.

Itu adalah satu penurunan daripada satu daripada tiga lelaki dan seorang dalam 12 wanita pada tahun 1990.

Walau bagaimanapun, pertumbuhan penduduk bermakna terdapat peningkatan dalam bilangan keseluruhan perokok, meningkat daripada 870 juta pada tahun 1990.

Dan bilangan kematian berkaitan tembakau – lebih daripada 6.4 juta pada tahun 2015 – peningkatan sebanyak 4.7 peratus dalam tempoh yang sama.

Kajian mendapati sesetengah negara berjaya dalam usaha membantu perokok berhenti kebanyakannya melalui gabungan cukai yang lebih tinggi, amaran pada kotak dan program pendidikan.

Dalam tempoh 25 tahun, Brazil telah memperlihatkan peratusan perokok harian jatuh dari 29 peratus kepada 12 peratus di kalangan lelaki dan daripada 195 kepada 8 peratus  di kalangan wanita.

Bagaimanapun, menurut laporan itu lagi, Bangladesh, Indonesia dan Filipina tidak menunjukkan sebarang perubahan pada tahun 1990 hingga 2015.

Sementara itu, Rusia menyaksikan merokok di kalangan wanita meningkat sebanyak 4 peratus dalam tempoh yang sama dan trend yang sama telah muncul di bahagian Afrika.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *