Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Menteri Keselamatan Indonesia Cedera Diserang

Menteri Keselamatan Indonesia Cedera Diserang

Ketua Menteri Keselamatan Indonesia, Wiranto cedera selepas diserang seorang lelaki bersenjatakan pisau hari ini, kata polis.

Imej yang diberikan pihak polis dan disiarkan di stesen televisyen menunjukkan beliau diserang ketika sedang membuat lawatan di bandar Pandeglang di wilayah Banten Pulau Jawa.

Jurucakap Polis Nasional Indonesia, Dedi Prasetyo mengesahkan insiden itu dan memberitahu media bahawa penjenayah terbabit sudah ditahan. Seorang pegawai polis turut tercedera dalam insiden itu.

Menteri terbabit sudah dibawa ke hospital dan tiada perkembangan lanjut berhubung insiden itu setakat ini, kata media. – Reuters

Leave a Reply

Top