Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Menteri Kebudayaan Slovakia Letak Jawatan

Menteri Kebudayaan Slovakia Letak Jawatan

Menteri Kebudayaan, Marek Madaric, pada Rabu mengumumkan peletakan jawatan beliau daripada Kabinet Slovakia secara mengejut dan merujuk pembunuhan wartawan penyiasat, Jan Kuciak, dan teman wanitanya minggu lepas sebagai alasan bagi keputusan mendadak itu, lapor agensi berita China Xinhua.

“Susulan pembunuhan wartawan itu, sama ada dia dibunuh kerana tugasnya atau tidak, saya tidak dapat membayangkan untuk terus mengetuai kementerian ini,” kata Madaric sambil menambah beliau bagaimanapun akan kekal sebagai anggota parlimen.

Madaric berkata beliau telah menimbang hasrat untuk meletak jawatan pada Isnin dan memaklumkan Perdana Menteri Robert Fico mengenai keputusannya pada Rabu.

“Kami bercakap mengenainya dan beliau mengambil maklum keputusan saya,” kata Madaric, yang akan menyerahkan surat peletakan jawatan beliau kepada Presiden Andrej Kiska pada Isnin.

Menteri yang bakal meletak jawatan itu turut menyuarakan keyakinan beliau bahawa tragedi tersebut bakal menyaksikan lebih banyak toleransi antara ahli politik dan wartawan.

Juciak, 27, seorang wartawan laman sesawang berita Aktuality.sk, dipercayai sedang menyiapkan satu artikel berkaitan skandal penipuan cukai.

Dia telah ditembak mati bersama-sama teman wanitanya di rumah mangsa di Velka Maca, yang terletak di barat Slovakia.

Leave a Reply

Top