Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Terpaksa Melacur Untuk Selesaikan Hutang

Terpaksa Melacur Untuk Selesaikan Hutang

KUALA TERENGGANU, Seorang wanita mengakui terpaksa melacurkan diri semata-mata hendak membayar hutang yang ditanggung mencecah hampir RM50,000.

Wanita berusia 33 tahun dan berasal dari Terengganu membuat pengakuan itu selepasĀ  ditangkap dipercayai sedang ‘bekerja’ dalam serbuan di sebuah aparment di Kijal, Kemaman, antara jam 1.15 hingga 1.50 pagi, semalam.

Menurut sumber, wanita yang belum berkahwin itu dipercayai menggunakan aplikasi WeChat bagi mempromosikan khidmat yang disediakan kepada pelanggan berminat.

“Wanita terbabit mengakui baru empat bulan aktif dalam dunia pelacuran dan hanya bergerak secara individu, bagaimanapun berkemungkinan besar ada individu lain yang melindunginya sepanjang menjalankan aktiviti tidak sihat itu.

“Dia juga membuat pengakuan meletakkan harga bayaran mencecah RM250 untuk sekali ‘main’ dan ada juga pelanggannya sanggup membayar RM800 dan ke atas untuk mendapatkan khidmatnya dalam tempoh satu malam.

“Selain itu, wanita terbabit mendakwa mampu meraih pendapatan mencecah sehingga RM5,000 sebulan meskipun hanya dijadikan sebagai satu kerja sampingan sahaja,” katanya ketika dihubungi.

Jelas sumber lagi, sebelum dicekup dalam serbuan itu, wanita terbabit membuat pengakuan sudah menerima seramai lima pelanggan.

“Pemeriksaan lanjut di dalam aparment tersebut turut menjumpai beberapa jenis minyak pelincir, tiga kondom yang sudah digunakan dan dibuang di dalam tong sampah berdekatan katil.

“Selain itu, kita juga menemukan tiga kondom yang masih belum digunakan dan cuba disorokkan di dalam kasut,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Mohd Azam Awi ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan serbuan terbabit.

Leave a Reply

Top