Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > MCA Sokong Muhyiddin

MCA Sokong Muhyiddin

KUALA LUMPUR, MCA bersetuju menyokong pencalonan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagai Perdana Menteri kelapan, selepas mendapati pembubaran Parlimen, tidak lagi bersesuaian dalam keadaan perkembangan politik semasa kini.

Presidennya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata meskipun MCA menjadi parti pertama mencadangkan supaya Parlimen dibubarkan, namun selepas mengkaji keadaan politik semasa daripada banyak aspek, maka keputusan menyokong Muhyiddin adalah jalan terbaik selaras dengan kehendak dan semangat Barisan Nasional (BN).

“Melihat situasi terkini seperti mana dititah Yang di-Pertuan Agong supaya ketua pimpinan parti politik yang mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat mengemukakan pencalonan perdana menteri dan pembubaran Parlimen bukan lagi satu pilihan, maka MCA yang hanya mempunyai dua kerusi Parlimen turut sehaluan dengan BN.

“Justeru kita bersama UMNO, MIC, PAS dan PBRS menzahirkan sokongan kepada Muhyiddin sebagai perdana menteri baharu, ” katanya ketika berucap pada sambutan ulang tahun MCA ke-71, di sini.

Leave a Reply

Top