Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > MCA Akur Sebarang Keputusan Agong

MCA Akur Sebarang Keputusan Agong

KUALA LUMPUR, MCA akur dengan sebarang keputusan ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah susulan perkembangan semasa politik negara.

Presidennya, Datuk Seri Wee Ka Siong, berkata apa yang berlaku sejak semalam adalah di luar jangkaan.

“Apa sahaja keputusan dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong, kita akan ikut sajalah. Sekarang situasi bukan lagi dikawal oleh kita, jadi terpulang kepada pihak istana.

“Jika ditakdirkan kena buat pilihan raya umum, kita kena berdepan (pilihan raya),” katanya ketika ditemui di Menara Dato Onn di sini, hari ini.

Sementara itu, Timbalan Presiden MIC, Datuk M Saravanan, yakin kerajaan akan dapat dibentuk semula dalam tempoh terdekat.

Katanya, Barisan Nasional (BN) mempunyai jumlah kerusi mencukupi dan semua ahli Parlimen sedang bersedia untuk dipanggil ke Istana Negara.

Katanya, ia membabitkan gabungan baharu akan diumumkan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Leave a Reply

Top