Mayat seorang pelajar politeknik di Shah Alam yang dikhuatiri lemas semasa mandi di Pantai Cherating Lama di sini pada Ahad, ditemui kira-kira pukul 7.15 pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata mayat Muhammad Iman Saufi Shaari, 20, dijumpai kira-kira 5 kilometer dari lokasi dia dipercayai lemas akibat ditarik ombak.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini untuk bedah siasat sebelum jenazahnya dituntut keluarga untuk urusan pengebumian,” katanya semasa dihubungi di sini, Isnin.

Muhammad Iman Saufi yang berasal dari Taman Wahyu, Kuala Lumpur dipercayai datang ke bercuti ke sini dengan enam rakannya dan mereka dikatakan mandi di pantai itu Ahad.

Kehilangan mangsa disedari oleh rakan-rakannya sekitar pukul 2.15 petang dan mereka membuat laporan polis selepas gagal mencari mangsa.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang Anuar Hassan berkata operasi mencari mangsa dimulakan pada pukul 4.30 petang sebelum dihentikan pada pukul 6.30 petang dan disambung semula pagi ini.

Operasi menyelamat juga mendapat bantuan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan penduduk kampung.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *