Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) merancang mendirikan 300 ruang pameran di pameran fesyen dan gaya hidupnya, Intrade 2016.

Acara mulai 2 hingga 5 November 2016 itu turut memaparkan Minggu Fesyen Malaysia (MFM).

Ketua Pegawai Eksekutif Matrade, yang juga Pengerusi MFM, Datuk Dzulkifli Mahmud berkata, MFM akan dipacu pereka muda dari universiti tempatan, pereka fesyen muslimah dan rakyat Malaysia amnya.

“Edisi 2015 berjaya menarik lebih 200 pembeli fesyen dari China, Korea Selatan, Jepun, Vietnam, Emiriah Arab Bersatu, Filipina, Thailand dan India serta pelawat daripada lebih 50 negara,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Pada 2015, Intrade yang memaparkan MFM mencatat kenaikan 40 peratus dalam jualan kepada RM126.52 juta berbanding 2014. Sejumlah 1,541 mesyuarat pemadanan perniagaan di antara syarikat tempatan dan pembeli antarabangsa diaturkan. Tahun ini jualan dijangka bertambah 10 peratus.

“Edisi ketiga MFM, yang dianjurkan MATRADE dan Stylo International akan menjadi tuan rumah kepada beratus-ratus penggiat tempatan dalam industri fesyen dan gaya hidup, di samping pembeli dari seluruh dunia,” katanya.

Bertemakan ‘Modestyle (Muslim wear) and Inclusivity’, diterima pakai bagi memberi penekanan kukuh ke atas pelbagai budaya Malaysia daripada pelbagai kaum.

“Pelbagai elemen rekaan diperoleh daripada pelbagai kebudayaan di Malaysia akan menjadi titik jualan yang kukuh kepada syarikat tempatan kerana pembeli asing sering mencari perkara unik untuk dimanfaatkan.

“MFM akan mewujudkan pavilion fesyen muslimah bertajuk Modestyle, untuk mengumpul koleksi fesyen muslimah oleh pereka dari Malaysia, Indonesia, Brunei, Asia Barat dan lain-lain,” kata Dzulkifli.

Penganjur itu telah bekerjasama dengan Modestyle Malaysia sebagai rakan kongsi e-dagang rasmi acara itu untuk pavilion Modestyle.

Pada 2015, eksport produk gaya hidup Malaysia meningkat 12 peratus kepada RM31.36 bilion berbanding RM28 bilion pada 2014.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *