RANTAU, Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan, didakwa lebih menumpu minat untuk menjadi perdana menteri, berbanding melakukan tugasnya sebagai wakil rakyat di Rantau.
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, berkata walaupun Mohamad menafikan perkara itu, ia sememangnya perkara yang sedang diperkatakan dalam kalangan pembangkang pada masa ini.
“Sudah tentu pokok tidak akan bergoyang kalau tiada angin atau orang goncang,” katanya ketika ditemui pemberita pada program ceramah Pakatan Harapan (PH) sempena PRK itu malam tadi.
Turut hadir, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon PH, Dr S Streram.
Media pada semalam melaporkan Mohamad menganggap bahawa ‘cakap-cakap’ beliau bakal menjadi perdana menteri jika BN kembali mentadbir negara hanya sekadar gurauan ketika berkempen.
Beliau menyifatkan perkara itu juga mewujudkan spekulasi dan menimbulkan situasi tidak sihat kepada dirinya dan parti,
Mengulas lanjut, Rafizi berkata, usaha mengangkat Mohamad ke jawatan perdana menteri juga akan mengabaikan kebajikan penduduk Rantau,
“Sekiranya perkara itu berlaku, Rantau ini tidak akan jadi keutamaan yang akhirnya akan ditinggalkan kepada pegawainya.
“Ini realiti yang perlu dipertimbangkan pengundi di Rantau” katanya.
Berita lain
Perluaskan Bantuan Beras Ke Seluruh Negara
Telefon Dan WhatApp Mahadzir Khalid Digodam
MTUC Mahu Isu Pekerja Ditamatkan Perkhidmatan Dan Pengangguran Diselesaikan