Anda di sini!
Utama > Sukan > Mascherano Bakal Sertai Kelab China

Mascherano Bakal Sertai Kelab China

Javier Mascherano semakin hampir meninggalkan Barcelona apabila difahamkan bakal menyertai kelab China, Hebei China Fortune, bulan depan dengan yuran perpindahan kira-kira 10 juta euro (RM48 juta).

Masalah kecederaan hamstring yang dialami tonggak berusia 33 itu menyaksikan dia sekadar beraksi 10 perlawanan di bawah kendalian jurulatih baharu, Ernesto Valverde.

“FC Barcelona dan Hebei Fortune sudah mencapai persetujuan dengan Javier Mascherano bakal membuat penampilan pertama dalam saingan Liga Super Cina dengan perpindahan 10 juta euro.

“Bagaimanapun, perpindahan itu tidak akan berlaku sehingga sehingga Samuel Umtiti (ketika ini cedera) kembali di padang atau pertahanan tengah baru berjaya ditandatangani,” kata jurucakap kelab Barca itu.

Umtiti sebelum ini mengalami kecederaan serius ketika perlawanan berdepan Celta Vigo yang menyaksikan pemain antarabangsa Perancis itu terpaksa diketepikan sehingga penghujung Januari ini.

Mascherano mula menyertai gergasi Catalan itu pada 2010 selepas berpindah dari Liverpool.

Dia berjaya memenangi 17 trofi termasuk empat gelaran La Liga, empat Copa del Rey, tiga Piala Super Sepanyol, dua Liga Juara-Juara, dua Piala Super Eropah dan dua Piala Kelab Dunia. – AFP

Leave a Reply

Top