Anda di sini!
Utama > Sukan > Masa Depan Bottas Ditentukan Bulan Depan

Masa Depan Bottas Ditentukan Bulan Depan

Juara Formula Satu (F1), Mercedes akan memutuskan mengenai masa depan Valtteri Bottas pada Ogos, kata prinsipal pasukan Mercedes, Toto Wolff kepada wartawan, hari ini.

Pelumba Finland yang menjadi rakan sepasukan Lewis Hamilton selepas Nico Rosberg yang meraih gelaran pada 2016 mengumumkan persaraan, kini tidak mempunyai kontrak pada akhir musim ini.

Dalam pengumuman perjanjian pada Grand Prix Julai tahun lalu, Mercedes memberikan kontrak lanjutan selama semusim dengan pilihan untuk melanjutkan untuk 2020.

Juara dunia lima kali, Hamilton sudah mempunyai kontrak hingga akhir 2020.

“Saya rasa agak luar biasa untuk membuat pengumuman mengenai pemandu pada Julai,” Wolff memberitahu wartawan ketika dia diingatkan mengenai pengumuman tahun lalu di Hockenheim.

“Untuk kami, ia bukan saja mengenai membuat keputusan tepat untuk tahun depan, ia juga berkaitan perancangan masa depan. Dan sebab itulah kami bersetuju untuk membuat keputusan pada Ogos.

“Ia tidak bermakna kami akan membuat pengumuman pada Ogos.”

Mercedes memilih untuk bertahan dengan Bottas tahun ini walaupun tidak bersemangat pada 2018, yang menyaksikan pemandu Finland itu gagal menjuarai perlumbaan meskipun rakan sepasukannya, Lewis Hamilton merangkul 11 kemenangan.

Pemandu berusia 29 tahun itu lebih gah tahun ini, namun menghadiahkan kepercayaan diberikan Mercedes dengan dua kemenangan dan tujuh podium daripada 10 perlumbaan setakat ini – walaupun dia ketinggalan 39 mata di belakang rakan sepasukan.

Hamilton sudah bergelar juara perlumbaan sebanyak tujuh kali tahun ini, namun Bottas meninggalkan pelumba kelahiran Britain itu apabila merangkul lebih banyak petak hadapan berbanding sesiapa saja.

Hamilton adalah pemegang rekod sepanjang zaman bagi pemandu yang meraih petak hadapan. – Reuters

Leave a Reply

Top