KUALA LUMPUR, Sebanyak RM20 bilion dalam bentuk perbelanjaan pembangunan diperuntukkan bagi meningkatkan ekonomi Bumiputera sejak Majlis Amanah Rakyat (MARA) ditubuhkan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Arthur Joseph Kurup, berkata peruntukan itu dimanfaatkan 1.15 juta Bumiputera melalui pelbagai inisiatif MARA dalam bidang keusahawanan, perniagaan dan pelaburan.
“EKUINAS juga berjaya meningkatkan bilangan tenaga kerja Bumiputera dalam syarikat dilabur dengan mencatatkan penyertaan 23.5 peratus Bumiputera di peringkat pengurusan tinggi dan 14.1 peratus di lain-lain peringkat,” katanya.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) mengenai jumlah dan nama dana meningkatkan ekonomi Bumiputera di Dewan Rakyat, hari ini.
Menerusi dana mudahcara, Arthur berkata, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) dengan kerjasama Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) meluluskan peruntukan bernilai RM781.1 juta kepada syarikat Bumiputera.
“Kerajaan melalui Dana Pelaburan Hartanah di bawah Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) pula meluluskan peruntukan pembangunan bernilai RM1.15 bilion bagi pembelian dan pembangunan hartanah komersial untuk meningkatkan pemilikan kekayaan Bumiputera.
“Nilai hartanah berkenaan telah disuntik ke dalam Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) yang memberi manfaat kepada lebih 75,000 pelabur Bumiputera,” katanya.
Berita lain
Telefon Dan WhatApp Mahadzir Khalid Digodam
MTUC Mahu Isu Pekerja Ditamatkan Perkhidmatan Dan Pengangguran Diselesaikan
‘Tiada Perbincangan Politik’