Anda di sini!
Utama > Sukan > Manuel Pallegrini Dipecat

Manuel Pallegrini Dipecat

West Ham memecat Manuel Pellegrini selepas kekalahan 2-1 di laman sendiri kepada Leicester meletakkan The Hammers di tangga ke-17 – hanya satu mata di atas zon penyingkiran.

Dua kemenangan dalam 14 perlawanan, termasuk tujuh kekalahan dalam sembilan perlawanan terakhir liga, mengakhiri tempoh perkhidmatan bekas pengendali Real Madrid dan Manchester City berusia 66 tahun itu di West Ham.

“Dengan dukacitanya kami terpaksa membuat keputusan ini,” kata pengerusi bersama West Ham David Sullivan.

“Manuel individu yang budiman dan kami gembira dapat bekerjasama dengan seseorang yang berkaliber sepertinya.

“Bagaimanapun, jelas perubahan diperlukan untuk membawa kelab ini kembali ke landasan yang seiring dengan cita-cita kami musim ini.

“Kami merasakan tindakan perlu diambil segera bagi memberikan tempoh sebanyak mungkin buat pengendali baharu cuba mencapai matlamat itu.”

West Ham akan melayan kunjungan Bournemouth, yang berada satu anak tangga di atas mereka dengan kelebihan satu mata pada aksi 1 Januari nanti.

Demarai Gray yang gagal menyempurnakan sepakan penalti di awal permainan, menebus kesalahannya dengan meledak gol kemenangan selepas Pablo Fornals memadamkan kelebihan Leicester yang mendahului permainan menerusi gol Kelechi Iheanacho. – AFP

Leave a Reply

Top