TANJONG KARANG, Manifesto Barisan Nasional (BN) Selangor yang akan diumumkan Ahad ini bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14), bakal memberi manfaat kepada seluruh rakyat negeri itu, kata Pengerusinya Tan Sri Noh Omar.

Beliau berkata antara lain manifesto itu memberi tumpuan kepada agenda pemerkasaan wanita selain menjaga kebajikan golongan muda.

“Manifesto sudah siap. Apa yang kita boleh beri tahu pastinya akan ada kelebihan dan manfaat yang kita akan berikan kepada rakyat. Perincian berhubung kandungan manifesto itu biarlah saya umumkan pada Ahad ini,” katanya kepada pemberita selepas program ziarah penduduk peringkat Parlimen Tanjong Karang, di Kampung Haji Razali di sini, pada jumaat.

Mengulas mengenai pembubaran Parlimen berkuat kuasa esok yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, Noh yang juga Anggota Parlimen Tanjong Karang, berkata jentera BN Selangor sudah bersedia menghadapi PRU14 dan persiapan juga lebih rapi berbanding PRU lalu.

“Saya belajar daripada pengalaman terdahulu dan sudah lima kali bertanding … saya boleh lihat gerak kerja parti kali ini lebih kemas dan bersedia,” katanya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *