MANCHESTER United dan Liverpool hanya terikat seri 0-0 pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Anfield pada awal pagi Selasa.

Kedua-dua pasukan dilihat cuba untuk memecah pertahanan lawan tetapi tidak berhasil.

Malah Liverpool sebagai pasukan tuan rumah juga tidak menggunakan peluang sebaik mungkin kerana tidak banyak serangan yang dilakukan.

Bagaimanapun, permainan ini menyaksikan penjaga gol Manchester United, David de Gea melakukan dua penyelamatan yang penting.

De Gea bagaimanapun berjaya menepis serangan Emre Can dan Philippe Coutinho.

Manchester United tidak mampu memperbaiki kedudukannya, berada pada tangga ketujuh dengan 14 mata.

Liverpool pula di tangga keempat menerusi 17 mata.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *