Malaysia berada di kedudukan ke-15 dalam senarai perbelanjaan kerajaan paling efisien dalam Laporan Daya Saing Global (GCR) 2017-2018 oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF).

Menurut laporan itu, Malaysia di tempat ke-15 yang dinilai lebih baik dari negara-negara Eropah dan Asia lain seperti Finland (16), Norway (18), China (19), Iceland (23), Sweden (26) dan Jepun (29).

Katanya, Malaysia menduduki tempat kedua dalam kalangan sembilan negara ASEAN berikutan kecekapan dalam perbelanjaan kerajaan.

Tambahnya, Malaysia juga berjaya mendahului negara-negara maju seperti Korea Selatan yang berada di kedudukan ke-26 dan China ke-27.

“Singapura berada di tempat kedua di peringkat global daripada 137 negara sementara Emiriah Arab Bersatu (UAE) merangkul tempat pertama.

“Selain daripada kecekapan perbelanjaan kerajaan, Malaysia berada di tempat ketiga di dunia dari segi kekuatan dalam perlin­dungan pelabur dan mendapat tempat kelima dalam peraturan kerajaan,” katanya dalam laporan GCR 2017-2018 di sini hari ini.

Di rantau ASEAN, Brunei Darussalam berada di kedudukan ke-23 dalam senarai perbelanjaan kerajaan paling efisien diikuti oleh Indonesia di tempat ke-25.

Sementara itu, Laos, Thailand, Vietnam, Filipina dan Kemboja masing-masing menduduki tempat ke-30, 51, 69, 88, dan 89.

Malaysia juga naik dua anak tangga kepada kedudukan ke-23 daripada 137 negara dalam aspek daya saing global berbanding tahun lepas pada kedudukan ke-25 daripada 138 negara.

Kajian yang menggunakan 70 peratus data tinjauan dan 30 peratus ‘hard data’ daripada 137 negara, mengambil kira 12 tonggak daya saing untuk menentukan kedudukan negara.

Perkara 12 tonggak itu meliputi institusi, prasarana, persekitaran makroekonomi, kesihatan dan pendidikan utama, pendidikan tinggi dan latihan, kecekapan pasaran barangan, kecekapan pasaran buruh, pembangunan pasaran kewangan, kesediaan teknologi, saiz pasaran, kecanggihan perniagaan dan inovasi.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *