Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Malaysia Sedang Menuju Kearah Ekonomi Matang

Malaysia Sedang Menuju Kearah Ekonomi Matang

Datuk Seri Najib Tun Razak berharap Amanah Dana Anak Malaysia (ADAM50) akan menggalakkan kadar kelahiran yang lebih tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia memandangkan negara ini sedang mencapai kematangan ekonomi.

Perdana Menteri berkata negara yang sedang menuju kematangan ekonomi biasanya akan mengalami penurunan kadar kelahiran.

Malaysia, katanya, kini menghadapi situasi yang sama.

“Jadi, mereka yang ingin melahirkan anak, teruskan berbuat demikian, ini mesej saya kerana kita memerlukan pertambahan penduduk,” katanya pada program ‘Bajet 2018 Bersama Rakyat’ di Pusat Perubatan  Universiti Kebangsaan Malaysia di sini hari ini.

Dalam program itu, pelakon dan usahawan Fizo Omar bertindak sebagai moderator dan turut hadir, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dan Pengerusi Permodalan Nasional Berhad Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Leave a Reply

Top