Malaysia kini menduduki tempat keempat sebagai negara paling bahagia di Asia dan ke-42 paling bahagia daripada 155 negara di dunia.

Menurut 2017 World Happiness Report, Malaysia naik lima anak tangga daripada tempat ke-47 dalam laporan tahun lepas.

Menurut laporan itu, Singapura, yang diletakkan sebagai negara paling bahagia di Asia, jatuh dari tempat ke-22 ke tempat ke-26 dalam laporan keseluruhan tahun ini.

Negara yang mencatat peningkatan kedudukan ialah Thailand (dari tempat ke-33 ke tempat ke-32), Taiwan (dari 42 ke 33) dan Vietnam (dari 96 ke 94).

Pada tahun ini, Norway mengambil alih kedudukan sebagai negara paling bahagia di dunia daripada Denmark, yang jatuh ke tempat kedua, diikuti Iceland dan Switzerland.

Laporan yang dikeluarkan Sustainable Development Solutions Network untuk Pertubuhan Bangsa Bersatu pada Isnin itu adalah berasaskan beberapa faktor, termasuk kekuatan ekonomi (diukur mengikut per kapita Keluaran Dalam Negara Kasar), impak sosial, jangka hayat, kebebasan membuat pilihan, kemurahan hatidan tanggapan tentang rasuah.

Negara diberi ranking dengan menggunakan data purata tiga tahun yang dikumpul, dengan laporan terbarunya meliputi tempoh 2014-2016, melibatkan kira-kira 3,000 responden dari setiap negara yang diminta memberi penarafan mereka tentang penilaian mengenai kehidupan.

 

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *