MH Online

Laman Suara Rakyat

Malaysia Mampu Jadi Negara Pembuat Vaksin

Malaysia Mampu Jadi Negara Pembuat Vaksin

KUALA LUMPUR, Malaysia belum mempunyai keupayaan menghasilkan vaksin sendiri untuk mencegah COVID-19 dan kerjasama membabitkan negara pengeluar sangat penting.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jika vaksin sudah dikenal pasti, pembuatannya boleh dijalankan di negara ini.

“Kita tidak ada keupayaan untuk menjana dan membuat vaksin tetapi kalau kita sudah kenal pasti vaksin itu, kita mungkin boleh lihat pembuatan vaksin di negara kita.

“Mungkin formulanya sudah ada, kita boleh hasilkan di negara kita. Jadi, kalau kita sudah bekerjasama secara bersepadu dengan negara lain, data kita boleh menyumbang untuk menghasilkan kajian vaksin secara bersama,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, biarpun Malaysia belum ada keupayaan asas untuk mengenal pasti vaksin, tetapi dalam proses buatan, Malaysia mampu lakukan.