Malaysia kini dikesan menjadi negara transit buat warga Somalia dan Bangladesh yang cuba memasuki Australia secara haram.

Difahamkan, kegiatan ini didalangi dua sindiket yang dipercayai berpangkalan di Malaysia dan Indonesia.

Sindiket berkenaan menjadikan lorong-lorong tikus di perairan negara terutamanya perairan paya bakau negara sebagai tempak berkumpul sebelum meneruskan kegiatan penyeludupan.

Warga Somalia dan Bangladesh itu kemudiannya akan dibawa ke perairan antarabangsa di waktu malam untuk menjalani pemindahan antara bot pom-pom Malaysia ke bot pom-pom Indonesia.

Kegiatan sindiket ini terbongkar selepas Jabatan Imigresen Malaysia memberkas sembilan warga Somalia, 20 warga Bangladesh dalam satu serbuan di perairan Kuala Selangor baru-baru ini.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mustafar Ali, dalam serbuan itu, seorang lelaki warga Indonesia dan seorang wanita warga tempatan dipercayai ahli sindiket telah diberkas.

“Sindiket ini menjadikan perairan antarabangsa sebagai lokasi pertukaran kerana ia memberi peluang besar untuk menjayakan operasi mereka.

“Proses tersebut dianggap lebih mudah kerana kerana perairan antarabangsa sukar dikesan oleh pihak berkuasa,” katanya kepada media, semalam.

Beliau berkata, ia bukan sindiket pertama yang melakukan kegiatan tersebut dan pihaknya yakin akan melakukan lebih banyak tangkapan pada masa akan datang.

Pihaknya kini sedang menjalankan siasatan terhadap individu yang diberkas bagi membantu siasatan.

“Langkah tersebut dijalankan sebagai usaha untuk mengesan ahli sindiket lain yang terlibat.

“Kami percaya sindiket akan cuba mengubah mengubah modus operandi mereka selepas taktik terbaharu mereka dibongkar pihak Imigresen,” katanya lagi.

Sehubungan itu, Mustafar meminta kerjasama pelbagai agensi bagi menggembleng tenaga supaya Malaysia tidak dijadikan negara transit untuk negara ketiga.

Mustafar juga meminta orang ramai menjadi mata pihak berkuasa bagi membanteras kegiatan tersebut.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *