MH Online

Laman Suara Rakyat

Maklumat Suhu Badan Hanya Untuk Saringan

Maklumat Suhu Badan Hanya Untuk Saringan

KUALA LUMPUR, Maklumat mengenai suhu badan pelanggan hanya diambil sebagai saringan sebelum dibenarkan masuk dalam mana-mana premis.

Ketua Pengarah Kesihatan, berkata, syarat rekod kemasukan bagi mereka yang tiada aplikasi MySejahtera adalah menulis nama dan nombor telefon.

Katanya, langkah itu adalah bagi memudahkan pihak berkuasa mengesan individu jika ada penularan COVID-19 di kawasan berkenaan.

“Maklumat nama dan nombor untuk dihubungi untuk kita dapat maklum dan kesan mereka yang berada di tempat yang ada penularan COVID-19,” dipetik sebagai berkata.

Semalam, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin menjelaskan rekod suhu badan ketika pemeriksaan di mana-mana premis perniagaan tidak sepatutnya dicatatkan dalam buku atau disimpan secara rekod digital.

Penyimpanan rekod suhu badan pengunjung adalah bercanggah dengan kerangka tatacara pengendalian dan penyimpanan data peribadi yang ditetapkan kerajaan.

Berdasarkan garis panduan itu, hanya nama, nombor telefon, tarikh dan masa kehadiran pengunjung di premis perniagaan perlu direkodkan, sama ada pada buku atau secara simpanan digital.

Dr Noor Hisham menjelaskan semua rekod dan maklumat dalam buku rekod kemasukan itu perlu disimpan sehingga enam bulan selepas tamatnya Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

PKPP dikuatkuasakan bermula 10 Jun dan dijadual berakhir 31 Ogos ini.