PUTRAJAYA, Kerajaan membenarkan majikan mengadakan sesi temu duga pekerja secara bersemuka.
Mesyuarat Khas Menteri yang bermesyuarat pada Isnin bersetuju untuk memberikan kebenarakan itu kepada kementerian, agensi dan pihak swasta dengan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata SOP berkaitan akan disemak oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi tujuan kelulusan.
“Kita telah bersetuju, cuma SOP akan disediakan. Apabila SOP ini diluluskan, ia akan diedarkan sebagai rujukan kepada semua kementerian dan agensi yang lain.
“Jadi, tidak perlu lagi temuduga di dalam talian, ini termasuk juga kepada pihak swasta,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat khas menteri mengenai pematuhan PKPP di Putrajaya, hari ini.
Berita lain
Perluaskan Bantuan Beras Ke Seluruh Negara
Telefon Dan WhatApp Mahadzir Khalid Digodam
MTUC Mahu Isu Pekerja Ditamatkan Perkhidmatan Dan Pengangguran Diselesaikan