Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Mahdzir dan Azalina Lawat Najib

Mahdzir dan Azalina Lawat Najib

Susulan serbuan pihak polis di kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sebanyak empat kenderaan Polis DiRaja Malaysia memasuki premis yang terletak Jalan Langgak Duta, Taman Duta bagi tujuan sama, pagi ini.

Kehadiran pihak polis itu di lokasi itu turut diiringi dua buah unit bermotor pasukan keselamatan kira-kira 9.40 pagi tadi.

Sejam selepas itu, kelihatan bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahadzir Khalid memasuki kediaman Najib.

Hadir sama bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said yang dilihat mula beredar dari kediaman bekas Perdana Menteri itu kira-kira jam 10.40 pagi tadi.

Usaha menggeledah kediaman Najib bermula sejak malam pertama umat Islam menunaikan ibadat solat tarawih dan bermulanya berpuasa pada Rabu lalu.

Sebelum ini, Najib meluahkan rasa terkilan kerana polis mengambil masa selama 20 jam untuk menggeledah kediamannya hingga mengganggu ibadah puasa pada hari pertama.

Masa lama diambil berikutan kerja-kerja membuka peti besi berusia 20 tahun yang terletak di tingkat pertama rumah banglo berkenaan.

Leave a Reply

Top