Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kekayaan anak-anaknya perlu disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata adalah tidak adil hanya Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi disiasat berhubung tuduhan memiliki RM230 juta seperti yang didakwa Dr Mahathir.

“Kalau Ahmad Zahid berani untuk menyatakan dia rela disiasat, saya rasa tidak adil kalau beliau sahaja yang disiasat, orang yang membuat tuduhan (Dr Mahathir) juga patut disiasat sebab anak-anaknya kaya.

“Kita pun nak tahu juga bagaimana anak-anak beliau (Dr Mahathir) tiba-tiba menjadi kaya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Padang Rengas di Dewan Mellinium Lubuk Merbau di sini, hari ini.

Mohamed Nazri berkata Dr Mahathir menyerang Ahmad Zahid kerana bekas perdana menteri itu tidak berjaya menjatuhkan Presiden UMNO dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempunyai sokongan mantap daripada anggota UMNO.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *