Anda di sini!
Utama > Sukan > Lloris Mahu Sekat City

Lloris Mahu Sekat City

Hugo Lloris sudah melakukan banyak kesilapan dalam kempen musim ini tetapi penjaga gol Tottenham itu faham bahawa peminat akan melupakan detik pahit dilakukannya itu jika dia berjaya menghampakan kunjungan Manchester City dalam pertembungan suku akhir pertama Liga Juara-Juara awal pagi esok.

Lloris sekali lagi bakal menjadi tumpuan apabila bakal mengetuai kempen Tottenham sebagai kapten di stadium baharu Spurs itu.

Penjaga gol antarabangsa Perancis berusia 32 tahun itu melakukan beberapa kesilapan musim ini dengan yang terbaru menyaksikan kealpaanya menyumbang kekalahan 1-2 di tangan Liverpool minggu lalu apabila gagal menangkis bola jaringan sendiri daripada Toby Alderweireld susulan tandukan Mohamed Salah.

Ketika Tottenham terikat 2-2 di peringkat kumpulan menentang PSV Eindhoven, Lloris mengalami pendarahan apabila berlaga selepas meluru bagi menghalang Hirving Lozano melakukan cubaan dan diayangkan kad merah sekali gus membolehkan pasukan Belanda itu menyamakan kedudukan di hujung permainan.

Lloris juga melakukan kesilapan ketika membenarkan Barcelona mendahului ketika tewas 2-4 dalam saingan peringkat kumpulan di Wembley yang menyaksikan Tottenham terus dibolosi pada babak kedua pertembungan berkenaan.

Pada saingan Piala Dunia di Russia tahun lalu, Kapten Perancis itu turut diaibkan pemain Croatia, Mario Mandzukic, namun kesilapan itu dilupakan selepas Perancis muncul juara.

Memburukkan lagi keadaan, Lloris pernah ditahan polis akibat memandu dalam keadaan mabuk di London, satu kesalahan berat yang menyebabkan dia diharamkan memandu selama 20 bulan dan denda £50,000 (RM270,000).

Begitupun, Lloris tetap mendapat sokongan dan kepercayaan daripada pengurus Tottenham, Mauricio Pochettino yang terus memberinya sepenuh kepercayaan mengetuai Spurs musim depan.

Laporan terbaru mendedahkan bahawa Pochettino mengesahkan bahawa dia tidak akan mencari penjaga gol baharu menggantikan Lloris. – AFP

Leave a Reply

Top