Share on Facebook

KUALA TERENGGANU, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Terengganu akan sentiasa memantau dan menjaga kebajikan golongan nelayan yang terjejas banjir.

Pengarah LKIM Terengganu Mohamad Zawahid Shamsuddin berkata bagi memudahkan urusan permohonan dan kawalan, satu jawatankuasa telah ditubuhkan di semua daerah dengan kerjasama persatuan nelayan.

“Dalam menentukan bentuk bantuan, kita akan lihat dan nilai dahulu kerosakan yang berlaku. Jika rumah yang rosak, kita akan bergotong-royong membaikinya dan jika melibatkan kerosakan barangan, ia mungkin akan diganti.”

“Segala bantuan ini akan disalurkan melalui Skim Bantuan Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan,” dipetik sebagai berkata.

Mohamad Zawahid berkata bantuan tersebut adalah antara bantuan yang disalurkan kepada golongan nelayan dan bukan sahaja pada musim tengkujuh, malah nelayan turut menikmati ‘bantuan kilat’ jika terjadi kapal karam atau nelayan hilang.

Katanya selain itu, LKIM juga akan membekalkan ikan untuk dimasak di pusat pemindahan sementara menerusi bekalan ikan sejuk beku Q´Fish.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *