Liverpool memerlukan tuah jika ingin mengakhiri malangnya sejak 27 tahun lalu dan kembali menjuarai Liga Perdana Inggeris musim ini, kata Pengurusnya, Jurgen Klopp.

Liverpool gagal mengakhiri liga di kedudukan teratas sejak 1990.

Berikutan itu, ramai penyokong berharap tahun ini kelab mereka akan menjuarai liga tersebut.

Klopp memberitahu, selain bermain dengan baik sehingga memukau dan menyakinkan penyokong, Liverpool juga mengharapkan sesuatu yang lain iaitu tuah.

“Kami bermain dengan baik sejak awal musim sehingga kini.

“Tetapi untuk menjadi juara kamu perlu bermain dengan sangat bagus dan ditambahkan dengan tuah dan situasi yang baik. Tiada kecederaan, perlawanan yang sedikit dan kualiti pada setiap pemain juga penting.

“Kadang-kadang setelah bermain dengan baik dan mengumpul mata, pemain penting pula cedera akibat jadual padat, sebab itulah tuah diperlukan untuk menjadi juara,” ujar bekas pengurus Borussia Dortmund itu.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *