Anda di sini!
Utama > Sukan > Liverpool Berhak Jadi Juara

Liverpool Berhak Jadi Juara

Pengerusi Brighton, Tony Bloom menegaskan Liverpool berhak menang Liga Perdana walaupun jika musim tidak dilengkapkan, namun tiada pasukan perlu disingkirkan dari liga utama itu kecuali semua perlawanan dihabiskan.

Perintah berkurung yang masih berlangsung kerana coronavirus menimbulkan kebimbangan bahawa kempen 2019/20 akan ditamatkan sebelum pasukan sempat menghabiskan baki perlawanan mereka.

Ketika musim ditangguhkan, Liverpool berkelebihan 25 mata di persada liga manakala Brighton adalah antara pasukan bergelut mengelak penyingkiran.

“Saya tidak boleh meramal situasi, jika musim ini tidak dihabiskan, pasukan akan disingkirkan berasaskan mata setiap perlawanan,” kata Bloom.

“Saya rasa ia bukan mudah difahami dengan pasukan tidak dibenarkan bermain, mungkin kalah 0.2 mata berdasarkan sistem ini.

“Ia juga tidak mengambil kira kekuatan pasukan yang anda belum lawan. Anda mungkin akan menang, jelas Liverpool berhak, anda boleh gunakan kriteria itu untuk kelayakan Eropah tetapi saya tidak melihat sesiapa akan bersetuju, yang pasti (70) peratus diperlukan untuk menyingkirkan pasukan.”

Perkara berkenaan juga mewujudkan masalah untuk tahun depan kecuali naik taraf dalam liga juga dibatalkan yang akan menyebabkan pasukan seperti pendahulu Liga Kejuaraan, Leeds rugi jutaan pound dalam pendapatan mereka.

“Saya tidak pernah membincangkannya sebelum ini… saya tidak mahu meramal apa yang akan berlaku dalam aspek naik taraf pasukan, ia terlalu sukar,” kata Bloom.

“Tiada penyelesaian sempurna di sini. Ada sebahagian kelab berada dalam keadaan yang sukar, ada yang sedikit bertuah. Saya tidak tahu apa yang akan berlaku tetapi penyelesaian terbaik ialah menghabiskan permainan dalam musim ini.” – Agensi

Leave a Reply

Top