Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Lima Kematian Pangsapuri Runtuh

Lima Kematian Pangsapuri Runtuh

Lima orang dilaporkan maut apabila sebuah blok pangsapuri runtuh di New Delhi semalam dan menghempap penduduk di bawah timbunan konkrit.

Pasukan penyelamat dengan bantuan anjing pengesan berjaya mengeluarkan sekurang-kurangnya 12 mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan.

“Setakat ini lima kematian telah disahkan,” kata pegawai polis, Sarat Chandra Nirmal.

Sementara itu, saksi turut melihat mayat dua kanak-kanak dibawa keluar daripada runtuhan.

Laporan Press Trust of India memetik seorang pegawai tempatan sebagai berkata, blok bangunan berusia 20 tahun itu mempunyai struktur yang tidak stabil.

Media tempatan lain pula melaporkan tingkat keempat blok berkenaan dibina secara haram.

Insiden berkenaan merupakan yang terbaharu berlaku di India, Julai lalu, sebuah bangunan enam tingkat di pinggir Delhi runtuh dan meragut sembilan nyawa. – AFP

Leave a Reply

Top