“Paling hebat tahun ini, pertunjukan aerobatik dari Rusia, Indonesia dan Malaysia bergabung dan tahun ini paling hebat. Turki pula sebagai pempamer besar.

“Penempahan lebih daripada yang dijangka apabila mencapai 109 peratus dan telah dibayar selain penyertaan paling ramai. Penghargaan di kawasan Perdana Menteri (Tun Dr. Mahathir Mohamad),” katanya dalam sidang akhbar di Wisma Perwira, Jalan Padang Tembak, di sini hari ini.

LIMA ‘19 yang akan berlangsung di Langkawi, Mac 26 hingga 30 Mac depan bertemakan Lebih Hebat.

Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin berkata, penyertaan menggalakkan daripada pelbagai negara dan ruang pameran lebih luas merupakan penanda aras kehebatan LIMA ‘19.

Kata beliau, lebih luar biasa apabila penyertaan pameran kali ini iaitu 60 peratus pertahanan dan keselamatan manakala 40 peratus daripada Kementerian Pengangkutan menerima lebih tempahan.

“Sebelum ini lebih berat pada pertahanan dan keselamatan tapi tahun ini daripada sudut perniagaan, awam, teknologi dan sebagainya.

“Jadi kombinasi dua ini yang buat ia lebih hebat, bukan untuk kepentingan pertahanan sahaja tapi masyarakat juga,” katanya.