Menteri Luar Arab menyambut baik resolusi Majlis Keselamatan PBB (UNSC) untuk menghantar wakil pemerhati ke Aleppo bagi memantau proses pemindahan orang awam.

Kesemua wakil 22 anggota Liga Arab menyokong langkah itu kecuali Lubnan yang menolak campur tangan dalam hal ehwal di Syria menerusi mesyuarat tergempar di Kaherah, lewat kelmarin.

Terdahulu, UNSC menerima pakai resolusi dicadangkan Perancis sebagai usaha untuk menamatkan konflik yang berlarutan di negara itu selama lima tahun.

Sementara itu, Wakil Khas PBB ke Syria, Staffan de Mistura memaklumkan beliau merancang untuk mengadakan pusingan baharu rundi-ngan damai di Geneva pada 8 Februari depan.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *