Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > LHDN Jamin Maklumat Akaun Bank Dibekalkan Pembayar Cukai Selamat

LHDN Jamin Maklumat Akaun Bank Dibekalkan Pembayar Cukai Selamat

mh online

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memberi jaminan bahawa maklumat akaun bank yang dibekalkan pembayar cukai, tidak akan didedahkan atau disalahgunakan.

Pengarah Bahagian Perkhidmatan Korporat LHDN Marina A. Aziz berkata maklumat akaun itu hanya digunakan untuk proses pembayaran balik lebihan cukai.

Pada sidang media mengenai Kad Laporan Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan, beliau berkata LHDN yakin kira-kira 350,000? pembayar cukai individu yang tidak membekalkan maklumat akaun bank mereka akan berkurangan tahun ini menerusi pengenalan Baucar Bayaran Balik Cukai (BBBC).

BBBC diperkenalkan bagi menggantikan kaedah bayaran balik lebihan cukai menggunakan cek.

Leave a Reply

Top