Anda di sini!
Utama > Ekonomi > Lenovo Mungkin Naikkan Harga Produk

Lenovo Mungkin Naikkan Harga Produk

Pengeluar komputer peribadi (PC) terbesar dunia, Lenovo Group, memberi amaran akan menaikkan harga produk jika tarif Amerika Syarikat (AS) meningkat.

Ia menyebabkan sahamnya menjunam 6.5 peratus ke paras terendah dalam dua bulan.

Amaran Lenovo dikeluarkan di tengah-tengah ketidaktentuan perniagaan berikutan perang perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China memberi kesan kepada tinjauan jualannya, selain mencuri tumpuan daripada keputusan kewangan cemerlangnya yang menyaksikan jualan PC membantu syarikat itu menggandakan keuntungannya.

Presiden AS, Donald Trump minggu ini berkata beliau akan menangguhkan pelaksanaan tambahan 10 peratus tarif ke atas produk buatan China, termasuk tablet dan komputer riba sehingga Disember ini, namun masih tetap mengenakan tarif ke atas PC bermula September.

“Harga runcit produk seperti komputer dan telefon pintar akan meningkat jika tarif (AS) meningkat,” kata Pengerusi Lenovo, Yang Yuanqing dalam satu panggilan, hari ini.

Beliau juga berkata, memindahkan pengeluaran dari China untuk mengelak tarif AS turut akan menyebabkan kenaikan harga produk, walaupun lokasi pengeluaran global Lenovo membolehkannya fleksibel dalam membuat penyesuaian dan ia kekal komited di China.

Pasaran PC global berkembang 1.5 peratus pada suku berakhir Jun selepas susut buat dua suku berturut-turut, apabila ancaman kenaikan tarif AS ke atas barangan China menyebabkan beberapa pengeluar mempercepatkan penghantaran, kata penganalisis industri.

Lenovo muncul pemenang terbesar kebangkitan semula mengejutkan pasaran PC global pada suku kedua.

Memetik data industri, syarikat itu berkata ia merekodkan 25.1 peratus penguasaan pasaran pada suku berkenaan.

-Reuters

Leave a Reply

Top